Hari Ibu???
Hari ibu kan minggu lepas...
Yup...memang minggu lepas.
Ada sesetengah orang berpendapat setiap hari adalah hari ibu.
Yup...saya setuju.
Tapi tidak salah kalau ada hari yang special untuk ibu kita.
Betul tak?
Sebab...sebagai anak kadang-kadang kita x sempat spend masa together with our parent.
Jadi apa salahnya kita gunakan hari ibu atau hari-hari istimewa yang lain untuk menggembirakan hati ibu kite lebih daripada biasa...
Walaupun kadang-kadang ada antara kite yang tak mampu membeli segunung emas...
Tetapi cukup sekadar ucapan atau kad atau hadiah yang murah atau belanja makan atau paling tidak pun kite jenguk ibu kite di kampung.
hmmm...itulah tanda penghargaan buat ibu tercinta.
Cukup bahagia bila ibu tersenyum.
Lebih bahagia ibu bila tengok anak-anaknya depan mata.
Bak kata pepatah 'seorang ibu mampu menjaga anak yang ramai'...
Itulah kemampuan seorang ibu...
Namun begitu, aku masih belum lagi bergelar ibu walaupun telah 4 tahun berumahtangga.
Hanya gelaran ibu saudara sahaja...
Terima kasih buat sang suami kerana memberi peluang merasai perasaan seorang ibu dengan ucapan yg diberikan....love u so much hubby.
Terima kasih juga kerana memahami perasaan ini.
Thanks sebab hadiahkan cermin mata pd hari ibu ini.
Moga Allah mendengar doa kita dan memakbulkan doa kite agar nanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Buat mak tersayang, angah sayang mak selamanya...