Sexy Pink Heart

Tuesday, July 21, 2009

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan
gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa
berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma
berangin sahaja

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang
kita suka, kita akan
tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas
berkata apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan
turut membuat dia gembira

Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda
cinta.

Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi

Wednesday, July 1, 2009

Motivasi Diri

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidak akan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini, tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.
Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dan keluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain dengan akal.

SEKALI air bah sekali pantai berubah, begitu juga halnya dalam aspek perhubungan suami isteri. Seperti dalam banyak perkara lain, corak hubungan suami isteri juga berubah mengikut peredaran masa dan perubahan gaya hidup.
Banyak perbezaan yang boleh dilihat terutamanya dari segi layanan dan tanggungjawab suami dan isteri.
Pegawai Pembangunan Keluarga di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Hamzah Ibrahim berkata, tanggapan masyarakat terhadap tanggungjawab suami dan isteri berubah dari zaman ke zaman.
“Dahulu, suami mencari nafkah, isteri menguruskan rumah tangga, mengasuh serta mendidik anak.
“Kini, suami dan isteri mencari nafkah, bersama-sama menguruskan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak,” ujarnya ketika ditemui di Menara LPPKN, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya, suami dahulu tidak pernah mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari lahir isteri dan anak-anak. Malah suami dahulu juga amat kurang membantu isteri di rumah.
“Suami dahulu mempunyai ego yang amat tinggi, mereka amat malu untuk membantu tugasan rumah tangga, sebagai contoh menyidai pakaian di rumah.
“Majoriti mereka terlalu tegas serta tidak bijak menawan hati isteri,” jelasnya.
Tetapi, katanya, kini kebanyakan suami telah pandai mengambil hati isteri dengan mengingati hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari perkahwinan, hari pertemuan pertama dan juga hari lahir anak-anak.
Pasti ada sahaja kejutan dibuat seperti menghantar hadiah seperti bunga, kek atau hadiah-hadiah yang pasti menjadi idaman isteri dan membawa makan di luar bagi meraikan hari tersebut.
Begitu juga dengan kerja-kerja rumah, suami telah mula ringan tulang untuk membantu isteri di rumah kerana memikirkan isteri juga penat setelah bekerja dan mencari nafkah di luar.
“Suami sekarang juga banyak bertolak ansur dan turut menguruskan rumah tangga bersama-sama.
“Ini akan menambahkan lagi keeratan kasih sayang yang sedia ada.
“Mengasuh dan menguruskan anak juga turut dibuat bersama-sama bagi meringankan beban isteri,’’ katanya.
Nilai kasih sayang
Sementara itu, Hamzah memberitahu, kasih sayang yang lahir daripada pasangan suami isteri boleh dilihat melalui cara mereka berkomunikasi.
Sebagai contoh, panggilan manja seperti ‘sayang’ untuk menggambarkan kasih sayang yang terbit dari hati.
Namun, tanda-tanda bahawa nilai kasih sayang pudar ialah apabila salah seorang daripada pasangan tersebut mula memperkatakan tentang kelemahan masing-masing.
“Lebih teruk lagi jika suami atau isteri terbabit mula mengeluarkan kata-kata sinis dan perli memerli terhadap pasangan,” tambahnya.
Jelas menunjukkan di sini bahawa asas sebuah perkahwinan yang bahagia lahir apabila pasangan tersebut berbangga menjadi pasangan suami isteri.
Mereka boleh berkongsi pendapat, tanggungjawab, perasaan serta emosi. Paling penting, pasangan suami isteri mestilah boleh berkomunikasi dan lebih manis jika mereka sering menggunakan bahasa cinta yang baik, berkeyakinan, romantis disertai dengan sentuhan, pelukan, ciuman dan belaian.
Dalam pada itu, menurut Hamzah, setiap pasangan suami isteri yang telah mengambil keputusan mendirikan rumah tangga haruslah menerima pasangan mereka seadanya.
Selaku isteri haruslah hormat dan menerima suami sebagai pemimpin, manakala suami pula harus hargai dan mengakui pengorbanan isteri.
“Kerukunan rumah tangga memerlukan usaha dan pengorbanan,’’ katanya.
Sokong
Pendapat tersebut turut disokong oleh pasangan Suhana Abu Bakar dan suaminya, Shahrul Azlan Iberahim.
Pasangan yang masing-masing berusia 29 tahun ini telah tiga tahun mendirikan rumah tangga dan diserikan dengan sepasang cahaya mata berusia dua tahun dan setahun.
Menurut Suhana, apabila masing-masing memahami tanggungjawab serta keperluan perkahwinan, setiap urusan dilakukan dengan adil dan bantu membantu.
“Saya memahami tanggungjawab suami dan kami mengambil pendekatan bertolak ansur serta bantu membantu dalam setiap urusan,” jelasnya.
Pendapat Suhana diakui oleh suaminya Shahrul, malah beliau turut mengambil contoh perbezaan tanggungjawab suami atau bapa dahulu berdasarkan daripada pengalamannya.
“Bapa dahulu mempunyai ‘kuasa veto’ yang lebih dan bersifat tidak mesra dengan ahli keluarga.
“Cara didikan daripada nenek moyang yang mempengaruhi keadaan itu. Tambahan pula pada zaman tersebut, bapa dan suami menjadi sumber ekonomi keluarga yang utama, jadi semua ahli keluarga harus tunduk dan patuh padanya.
“Justeru wujud ruang yang membatasi hubungan kasih sayang antara bapa dengan anak dan suami dan isteri,” ujarnya.

Cinta dan Sayang

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta...cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama 'treasure hunt'. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu....kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari....

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah