Sexy Pink Heart

Tuesday, November 29, 2011

Tahniah kak Gee....^_^

assalamualaikum semua...dan salam sejahtera...

aduhai kepala...kenapa la kau sakit sgt2...dr semalam sampai ke hari ni mcm nk pecah kepala aku...btw, thanx 2 my beloved hubby coz tolong picitkan kepala n badan...terasa lega sikit. tp arini sakitnye kembali smula...mcm nk hantuk2n je kepala ni...ya Allah...nape la sakit sgt. x tertanggung rasa...

erm, abaikan je dl sakit kepala ni. skrg aku nk share satu cerita yg aku pun rasa 'agungnya kebesaranMu'....first of all, tahniah buat kak G coz da preggy 7 weeks... aku pun tumpang gembira. actually kak G ni da 8thn kawin tp still lum ada rezeki. tp awal thn ni dia n hubby wat rawatan IVF (ye kot namanye IVF...atau senang org kata rawatan tabung uji...). after rawatan tu, kak G disahkan mengandung...alhamdulillah...dan after a few months, dia dimaklumkan doctor bahawa dia mengandungkan anak kembar!! ya Allah...syukur alhamdulillah...aku pun jd seronok (mcm aku je yg ngandung...apepun aku seolah2 dpt merasakan kegembiran yg kak G rasa). namun begitu, kegembiraan tu berhenti tatkala kandungan mencecah 7-8 bln. doktor mengesahkan bayi kembar itu mati dalam kandungan...subhanallah...mengalir air mata ini...lebih pilu proses kelahiran kedua2nya seperti biasa tetapi hanya jasad saja yg ada sedangkan nyawa sudah tiada. berat sungguh dugaan yg Kau berikan Ya Allah...berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. kak G terpaksa berpantang seperti org yg bersalin biasa. sukar juga aku bayangkan kalau ianya terjadi pd aku...boleh jd meroyan...tp itu takdir Allah...Dia berkuasa atas segalanya. sebagai hambaNya, kita perlu redha...ujian ini ada hikmahnya...

selepas berita tersebut, kak G kembali pulih tp sejauh mana emosi dia pulih aku x pasti. tp dr mata kasar aku, dia mmg seorg yg tabah n kuat. then dia kembali bekerja seperti biasa. aku masih belum berani nk tny dia perihal anak. bimbang dia belum cukup kuat dr segi emosi. namun, aku dengar daripada kwn2 yg kak G akan buat lagi rawatan IVF tu selepas dia pulih n mungkin dia akan bercuti panjang selepas tu. tetapi tadi aku dikejutkan dengan berita yg kak G mengandung 7 weeks. alhamdulillah. dan lebih aku syukuri, dia mengandung secara normal dan bukan melalui rawatan tu...ya Allah besarnya keagunganMu...lunch hour td aku berkesempatan menemui kak G ketika beli makanan. aku bertanyakan dia dan dia mengakuinya. cuma dia kata malu nk bgtau...tp aku cukup rasa gembira dan berkali2 aku mengingati akan kebesaran Allah ini...inilah hikmah kesabaran n ketabahan kak G...setelah Allah berikan kita ribut taufan, muncul pelangi penyeri hidup...tp apa yg aku dimaklumkan oleh kwn2, kak G tidak mahu terlalu excited. bimbang kandungan nye terjadi apa2...moga2 dijauhkan. aku doakan kak G sihat sepanjang masa n jaga diri baik2. moga apa yg diimpikan akan menjadi kenyataan. akuu doakan agar kandungan kak G dlm keadaan sehat dan baik...aku rasa terharu sgt walhal bukan aku yg mengandung. mungkin inilah yg dikatakan menjiwai kerana aku juga kepinginkan zuriat sendiri. tp rezeki belum berpihak pada aku. dan aku percaya suatu hari nanti masanya akan tiba kerana allah sedang merancangkan sesuatu untuk aku....

Ya Allah, aku mohon pada Mu agar Kau berikan aku kekuatan n ketabahan hati melalui dugaanMu ini. aku mohon padaMu agar kau berikan aku peluang untuk memperoleh zuriat bersama suami tercinta. dan aku akan terus berdoa, berusaha serta menunggu ketibaan waktu itu. kerana aku percaya engkaulah perancang terbaik. hanya Kau yg mengerti apa yg aku perlukan dan hanya Kau yg tahu apa yg terbaik untukku. ya Allah, Kau peliharalah imanku agar tidak terpesong dari jalanMu kerana aku hanya manusia biasa yg kadangkala timbul rasa putus asa dan kecewa. moga doaku ini Kau makbulkan ya Allah...amin ya rabbal 'alamin...

kak G, zu doakan kak G sihat bersama bb...tahniah kak....alhamdulillah...