Sexy Pink Heart

Sunday, September 13, 2009

ngantuk gler...teramat sangat....

my love

perkahwinan 2

Amalkan sikap membelai pasangan
Oleh ZUHAYATI YAZID

Jadikan pasangan sebagai rakan karib yang boleh berkongsi suka duka yang berlaku pada diri masing-masing.
________________________________________

PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.
Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.
Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga
"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.
''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."
Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.
Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.
Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.
''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.
Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak.
"Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.
Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah.
''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.
Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.
Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.
Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.
Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.
Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara.
''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.
''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.
''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.
Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.
Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.
Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain.
''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya.
"Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.
"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan.
''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati.
''Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.
Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.
''Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.

Wednesday, August 5, 2009

perkahwinan

apa dimaksudkan dengan perkahwinan????

Allah menciptakan manusia saling berpasangan kerana manusia saling memerlukan.
malah perkahwinan adalah cara berpasangan yang dihalalkan Allah agar manusia saling menyayangi, saling memahami, saling membantu dan saling dari segala2nya...
Wanita dijadikan dari rusuk kiri lelaki untuk dipimpin, dibimbing, diambil berat, disayangi sesuai dengan tanggungjawab lelaki sebagai pemimpin. malah, kedudukan rusuk kiri hampir dengan bahu itu disimbolkan sebagai wanita ini sebagai penyokong terhadap suaminya.
tapi adilkah jika antara lelaki dan perempuan, lelaki sering menggunakan kekuatan yg dia ada untuk menjatuhkan kelemahan wanita yang sedia ada?
wajarkah?
wanita dijadikan bukan sebagai hamba kepada lelaki yg boleh diarah sesuka hati, yg boleh dimarah tanpa alasan yg kukuh...
tapi wanita mendambakan perhatian dan kasih sayang sesuai dengan perwatakan asalnya yang penuh kelembutan...ia ibarat kerak nasi. keras tapi jika direndam dengan air lama kelamaan akan lembut akhirnya.

seperti lagu Isteri Solehah (The Zikr) ni;

isteri cantik yg solehah penyejuk mata
penawar hati, penajam fikiran
di rumah dia isteri di jalanan kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan...
pandangan kita diperteguhkan
menjadikan kita tetap pendirian
ilmu yang diberi dapat disimpan
kita lupa dia mengingatkan...
isteri cerdik yg solehah penyejuk mata
penawar hati, penajam fikiran
di rumah dia isteri di jalanan kawan
diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan...
nasihat kita dijadikan pakaian
silap kita dia betulkan
penghibur di waktu kesunyian
terasa rahmat bila bersamanya....
dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal utk diwariskan....

senikata yang amat bermakna bagi pasangan suami isteri. tp berapa ramai yg seperti dalam senikata ini di luar sana? isteri yg jahil boleh berubah jika suami bijak membimbingnya. tapi bagaimana si isteri hendak patuh dan mengikut nasihat suami jika suami tidak pernah memikirkan perasaan isteri? isteri sering dimarah tak tentu pasal jadi bagaimana nk menjadi isteri yg solehah andai tampuk pimpinannya begitu? mana mungkin wanita yg memimpin lelaki. allah dah pertanggungjawabkan lelaki sebagai pemimpin keluarga dan isteri sebagai pembantunya. isteri yg benar2 solehah akan menuruti apa saja kehendak suami dan taat pada suaminya. tp pernahkah kita terfikir kenapa ada dikalangan isteri yang tidak solehah, tidak taat pada suami? adakah isteri ini patung, bila perlu kita belai dan bila tak perlu dicampak sesuka hati, dipijak, dihina dan sebagainya? kenapa wanita sering dilabel yg tak baik sedangkan puncanya kita tak pernah nak fikirkan dan tak pernah kita ambil pusing.
sama2lah kita muhasabah diri kita agar termasuk dalam golongan yang disayangi Allah..

kebanyakan wanita tidak memandang pada usia, harta dan segala bentuk luaran apabila mengambil keputusan untuk berkahwin. tetapi hakikat sebenarnya naluri wanita adalah mendambakan perhatian, kasih sayang dan kebahagiaan bersama orang yang disayangi...sesungguhnya perkahwinan ini adalah kerana suruhanMu...segala yang baik datang dariMu dan yang lemah itu datang dariku jua...Allah kurniakan wanita 1 akal dan 9 nafsu tetapi Allah berikan 1 nafsu dan 9 akal kepada lelaki. maknanya, 9 akal yang dikurniakan Allah pada lelaki untuk mereka gunakan sebaiknya, secara rasional...bukan membuta tuli semata2...itu sebabnya Allah pertanggungjawabkan lelaki sebagai ketua keluarga....
biasanya yang pertama itulah yang terbaik tetapi selalunya yang terakhir itulah yang terbaik..
Wallahu a'lam